Disebalik senyuman saya, tersirat seribu kesedihan yang orang tidak ketahui ;)


Coretan Diari :D



terkadang bukan semua mampu dikongsi,
bukan semua juga boleh untuk diluah,
kadang berat bibir berkata,
apatah lagi untuk bercerita,
segala hal itu dan ini,
belum tentu boleh dikongsi,
namun itulah gunanya diari,
terserah kita untuk mencoraknya,
mahupun sekadar menconteng,
atau sekadar melakar garisan ?
tidak perlu margin yg ditetapkan,
tidak perlu pembetulan tatabahasa,
tidak dititikberatkan penggunaan ayat,
dan sudah tentu tiada yg marah mahupun berkecil hati,
dengan segala coretan yg terconteng,
di dalam sebuah diari,
kerana diari itu,
adalah peribadi,
peribadi yg privasi.

1 comment:

Shuky said...

follow me back @ shukyscorner thx!