Disebalik senyuman saya, tersirat seribu kesedihan yang orang tidak ketahui ;)


                         


Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan 
juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat 
Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari
mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW
◕‿◕
          
"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”

Coretan Diari :D



terkadang bukan semua mampu dikongsi,
bukan semua juga boleh untuk diluah,
kadang berat bibir berkata,
apatah lagi untuk bercerita,
segala hal itu dan ini,
belum tentu boleh dikongsi,
namun itulah gunanya diari,
terserah kita untuk mencoraknya,
mahupun sekadar menconteng,
atau sekadar melakar garisan ?
tidak perlu margin yg ditetapkan,
tidak perlu pembetulan tatabahasa,
tidak dititikberatkan penggunaan ayat,
dan sudah tentu tiada yg marah mahupun berkecil hati,
dengan segala coretan yg terconteng,
di dalam sebuah diari,
kerana diari itu,
adalah peribadi,
peribadi yg privasi.

disebalik erti cinta -.-

mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan org yang salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul , kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut -.-
kadang-kadang ALLAH hilang kan sekejap matahari kemudian dia dtgkan pula guruh dn kilat . puas kita mencari dimana matahari , rupa-rupanya ALLAH nk hadiahkan kita pelangi yang indah :'D
CINTA : ia cuma mengambil masa seminit untk jatuh hati kepada sseorang  , satu jam untuk menyukai seseorang , satu hari untuk mencintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang :'(
jangan pandang kecantikan kerana ia akan lapuk dtelan usia , jangan kejar kemewahan kerana ia akan susut dtelan masa . apa yang kekal hanya kecantikan hati seseorang :')
CARILAH SESEORANG YANG BOLEH MEMBUAT KAMU TERSENYUM :'D